Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pengalaman saya semasa tahun 2010 ada kenangan manis dan kenangan buruk. Kenangan manis adalah saya dapat menemui dan belajar bersama kawan-kawan saya yang bersama kelas dengan saya dan kelas Bahasa Melayu. Satu lagi kenangan manis adalah saya akan memasuki kelas yang lebih bagus pada tahun 2011. Saya sedih kerana saya tidak dapat menemui kawan-kawan saya di tahun 2010, tetapi, ada kawan-kawan saya daripada kelas Bahasa Melayu 2010 akan bersama saya pada tahun 2011.

Kenangan buruk saya adalah apabila saya sedang bermain bola keranjang bersama kawan-kawan saya di sekolah. Bola yang digunakan untuk bermain bola keranjang itu telah terkena muka saya. Saya bernasib saya tidak cedera parah.

Saya berasa seronok untuk mendapat kenangan manis pada tahun 2010. Saya tidak sabar untuk tahun 2011.

Rabu, 27 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya berharap saya akan dapat markah cemerlang untuk peperiksaan yang akhir tahu ini. Saya hendak mendapat markah cemerlang kerana saya mahu membuat ibu bapa saya gembira dan guru saya gembira. Bagi saya, saya harus dapat markah cemerlang kerana markah-markah peperiksaan ini akan menunjukkan kelas apa yang kita akan ke darjah enam tahun hadapan. Saya berharap saya akan mendapat markah yang cemerlang untuk peperiksaan saya dan saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini.

Khamis, 23 September 2010

Sajak saya

Ada yang berkata
engkaulah titisan air
yang membasahi bumi kita
engkaulah, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dari langit
membawa air ke bumi
bukankah, hujan?

Aku ingin tahu
apatah daya aku dan
aku hanya mahu
engkaulah yang menghibur aku dan
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Pengalaman hujan air batu

Pengalaman saya dengan hujan air batu sugguh menakutkan dan berbahaya. Saya sungguh takut apabila saya ternampak ketul-ketulan air batu turun di langit. Perkara hujan air batu ini berlaku ketika saya dan kakak saya baru sahaja pulang dari sekolah. Apabila hujan air batu bermula turun dari langit,saya dan kakak saya dengan pantas lari ke bawah kolong blok. Ramai penduduk rumah keluar dari rumah untuk melihat peristiwa tersebut. Saya harap peristiwa hujan air batu ini tidak akan berlaku lagi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Saya

Pencapaian saya adalah apabila saya semasa darjah dua. Pada masa itu, saya mendapat markah yang cemerlang untuk subjek matematik. Saya sungguh gembira apabila mendapat kertas peperiksaan itu. Saya pun tidak sabar untuk memberi kertas itu kepada ibu dan bapa saya. Apabila saya memberi kertas itu kepada bapa saya, bapa saya sungguh bangga. Dia pun bersetuju untuk membeli permainan untuk saya. Ibu saya pun bangga. Dia setuju untuk membawa kami sekeluarga ke Restoran untuk memakan. Saya bangga dengan pencapaian saya.

Khamis, 29 Julai 2010

Kuiz Bahasa di dalam bilik darjah

Kita mengadakan kuiz di dalam bilik darjah kita. Guru kita menguji kita seperti peribahasa. Kita harus menjawab apabila guru memberi maknanya. Semua murid di dalam kelas diuji. Ada yang tidak dapat menjawab jawapan yang betul. Selepas itu kita dapat kertas yang menguji peribahasa. Guru memberi kita dua puluh minit untuk membuatnya. Kita dapat masa yang seronok membuat kuiz itu.

Aktiviti "bawa dan borak"

Aktiviti ini adalah untuk kita membawa barang untuk ke sekolah dan cerita tentang barang itu. Kawan-kawan saya semua membawa sesuatu dan menceritakan barang masing-masing. Kita dapat masa yang seronok kerana dapat menceritakan barang yang kita suka.

Perkemahan Bahasa

Perkemahan Bahasa diadakan untuk murid-murid darjah enam. Perkemahan Bahasa adalah untuk bermain permainan-permainan tradisional melayu. Saya rasa ini idea yang baik kerana murid-murid dapat mengingati permainan-permainan tradisional kita. Jika tidak ada sesiapa membuat seperti bergini, tentu permainan-permainan tradisional kita akan hilang. mereka bermain permainan-permainan seperti tarik guni, pusing-pusing tepung, capteh dan lain-lain lagi. Saya harap kita mengadakan perkemahan seperti ini untuk kita tahun hadapan.

Bengkel Penulisan Kreatif

Kita mengadakan Bengkel Penulisan di dewan sekolah kita. Ini adalah untuk memperbaikkan tulisan karangan kita di peperiksaan dan apabila kita membuat karangan. Perkara yang kita buat adalah, kita harus membuat sekumpulan dan membincang bagaimana untuk membuat karangan yang betul. Cikgu pun mengajar kita bagaimana caranya untuk buat karangan kita lebih menarik. Saya telah menggunakan cara-cara guru saya memberi. Saya tentu gembira kerana ada bengkel seperti ini.

Rabu, 28 Julai 2010

Peraduan Berlakon

Semasa saya di darjah dua, ada peraduan berlakon untuk murid-murid melayu darjah dua.Saya tidak menjadi pelakonnya, saya hanya menjadi pesertanya. Semasa itu sungguh seronok untuk melihat kawan-kawan saya berlakon di atas pentas. Semuanya telah buat lakonan yang baik dan saya bangga kerana dapat melihat mereka berlakon. Kawan-kawan saya dan saya dapat masa yang seronok, tetapi saya tidak ingat kelas siapa yang menang. Saya tidak kisah kerana saya mengada masa yang seronok.

Selasa, 27 Julai 2010

Pertandingan Blogging

Pertandingan ini sungguh menarik. Kita dapat berbual tentang pengalaman kita yang sedang berlaku di sekolah dan yang paling menarik adalah kita membuat sesama kawan-kawan. Saya berasa gementar untuk membuat ini pada pertama, tetapi apabila sudah membuat beberapa saya sudah biasa dengan membuat ini. Saya tidak kisah jika kita menang atau tidak kerana saya berasa ini tidak untuk menang, saya berasa ini untuk memberitahu kepada yang lain tentang pengalaman kita di sekolah.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Saya berpeluang untuk ke Brunei Darussalam untuk lima hari. Penduduk-penduduk di sana sungguh baik hati. Tempatnya sungguh aman dan damai. Kita pun dapat memakan makanan tradisional seperti ambuyat. Kita pun pergi ke sebuah sekolah di sana yang bernama Sekolah Rendah Junjongan. Kita dapat menjumpa murid-murid mereka dan dapat berkawan dengan mereka. Mereka sungguh baik dan peramah. Saya harap ada peluang seperti ini lagi.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pada hari ini, kita mengadakan Hari Keharmonian Kaum. Kita dapat mempelajari tentang kaum Melayu Islam dan kaum-kaum yang lain. Kaum-kaum Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Pada hari yang pertama mereka akan mengadakan Solat Hari Raya Aidilfitri. Selepas itu mereka menziarahi rumah sudara-mara mereka dan memohon keampunan daripada ornag-orang yang lagi tua. Kaum-kaum yang lain adalah India. Kebanyakkan mereka adalah Hindu. Mereka merayakan Deepavali. Mereka selalu menghidupkan lilin di luar semasa malam dengan bentuk bunga.

Isnin, 19 Julai 2010

Peraduan Piramida

Tidak berapa hari yang lalu, sekolah kita mengadakan pertandingan piramida. Piramida adalah permainan bahawa seseorang akan duduk menghadap skrin dan lagi seseorang akan duduk ke arah yang lain. Murid yang menghadapi skrin harus memberi serbah sedikit tentang barang yang telah papar di skrin tersebut. Perlawanan itu sungguh seronok dan kelas kita juga yang menang permainan itu.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu

Satu aktiviti yang saya tidak boleh lupa adalah semasa lawatan ke negara Brunei Darussalam. Kita dan guru-guru ke sana untuk mempelajari tentang mereka dan sejarah mereka. Mempelajari tentang mereka di sana sungguh menarik. Aktiviti yang lain yang saya tidak boleh lupa adalah permainan sahiba. Kita harus menyasun satu perkataan dan jika perkataan itu selagi panjang, selebih markah kita akan dapat. Hanya empat orang boleh bertanding dengan sekolah lain di Singapura. Ini adalah aktiviti-aktiviti berbahasa melayu yang saya tidak boleh lupa.