Saya berasa sungguh takut untuk menduduki peperiksaan PSLE tahun ini. Saya pun takut jika saya tidak mendapat markah yang saya ingin mencapaikan. Saya ingin mengalahkan agregat kakak saya. Kakak saya telah mendapat agregat 206 dan saya mahu mendapat 230 dan ke atas. Saya tahu jika saya mahu agregat seperti begitu, saya mesti mendengar cakap guru dalam kelas dan membuat semua kerja rumah dengan betul. Saya pun tahu bahawa saya akan mengalami stres dengan topik-topik baharu dan soalan-soalan yang agak susah dalam subjek-subjek Matematik, Sains, Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya mahu pergi ke Sekolah Menengah Evergreen atau Sekolah Menengah Riverside. Saya mahu ke aliran ekspres. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai agregat yang saya mahu.
Ahad, 23 Januari 2011
Rabu, 12 Januari 2011
Tentang Diri Saya
Nama saya Md Iqmal Faaiz . Saya suka bermain badminton dan bola keranjang. Saya suka subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya pun suka bermain PS2 bersama kakak saya. Saya suka bermain bola keranjang bersama kawan-kawan saya di tempat bermain bola keranjang yang terletak sebelah blok rumah saya.
Matlamat saya untuk mendapat gred A untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya mahu gred B untuk subjek Inggeris dan Sains. Saya mahu agregat 230 lebih kerana jika saya dapat agregat itu, bapa saya akan membelikan 'Iphone'.
Langgan:
Ulasan (Atom)