Khamis, 29 Julai 2010

Kuiz Bahasa di dalam bilik darjah

Kita mengadakan kuiz di dalam bilik darjah kita. Guru kita menguji kita seperti peribahasa. Kita harus menjawab apabila guru memberi maknanya. Semua murid di dalam kelas diuji. Ada yang tidak dapat menjawab jawapan yang betul. Selepas itu kita dapat kertas yang menguji peribahasa. Guru memberi kita dua puluh minit untuk membuatnya. Kita dapat masa yang seronok membuat kuiz itu.

Aktiviti "bawa dan borak"

Aktiviti ini adalah untuk kita membawa barang untuk ke sekolah dan cerita tentang barang itu. Kawan-kawan saya semua membawa sesuatu dan menceritakan barang masing-masing. Kita dapat masa yang seronok kerana dapat menceritakan barang yang kita suka.

Perkemahan Bahasa

Perkemahan Bahasa diadakan untuk murid-murid darjah enam. Perkemahan Bahasa adalah untuk bermain permainan-permainan tradisional melayu. Saya rasa ini idea yang baik kerana murid-murid dapat mengingati permainan-permainan tradisional kita. Jika tidak ada sesiapa membuat seperti bergini, tentu permainan-permainan tradisional kita akan hilang. mereka bermain permainan-permainan seperti tarik guni, pusing-pusing tepung, capteh dan lain-lain lagi. Saya harap kita mengadakan perkemahan seperti ini untuk kita tahun hadapan.

Bengkel Penulisan Kreatif

Kita mengadakan Bengkel Penulisan di dewan sekolah kita. Ini adalah untuk memperbaikkan tulisan karangan kita di peperiksaan dan apabila kita membuat karangan. Perkara yang kita buat adalah, kita harus membuat sekumpulan dan membincang bagaimana untuk membuat karangan yang betul. Cikgu pun mengajar kita bagaimana caranya untuk buat karangan kita lebih menarik. Saya telah menggunakan cara-cara guru saya memberi. Saya tentu gembira kerana ada bengkel seperti ini.

Rabu, 28 Julai 2010

Peraduan Berlakon

Semasa saya di darjah dua, ada peraduan berlakon untuk murid-murid melayu darjah dua.Saya tidak menjadi pelakonnya, saya hanya menjadi pesertanya. Semasa itu sungguh seronok untuk melihat kawan-kawan saya berlakon di atas pentas. Semuanya telah buat lakonan yang baik dan saya bangga kerana dapat melihat mereka berlakon. Kawan-kawan saya dan saya dapat masa yang seronok, tetapi saya tidak ingat kelas siapa yang menang. Saya tidak kisah kerana saya mengada masa yang seronok.

Selasa, 27 Julai 2010

Pertandingan Blogging

Pertandingan ini sungguh menarik. Kita dapat berbual tentang pengalaman kita yang sedang berlaku di sekolah dan yang paling menarik adalah kita membuat sesama kawan-kawan. Saya berasa gementar untuk membuat ini pada pertama, tetapi apabila sudah membuat beberapa saya sudah biasa dengan membuat ini. Saya tidak kisah jika kita menang atau tidak kerana saya berasa ini tidak untuk menang, saya berasa ini untuk memberitahu kepada yang lain tentang pengalaman kita di sekolah.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Saya berpeluang untuk ke Brunei Darussalam untuk lima hari. Penduduk-penduduk di sana sungguh baik hati. Tempatnya sungguh aman dan damai. Kita pun dapat memakan makanan tradisional seperti ambuyat. Kita pun pergi ke sebuah sekolah di sana yang bernama Sekolah Rendah Junjongan. Kita dapat menjumpa murid-murid mereka dan dapat berkawan dengan mereka. Mereka sungguh baik dan peramah. Saya harap ada peluang seperti ini lagi.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pada hari ini, kita mengadakan Hari Keharmonian Kaum. Kita dapat mempelajari tentang kaum Melayu Islam dan kaum-kaum yang lain. Kaum-kaum Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Pada hari yang pertama mereka akan mengadakan Solat Hari Raya Aidilfitri. Selepas itu mereka menziarahi rumah sudara-mara mereka dan memohon keampunan daripada ornag-orang yang lagi tua. Kaum-kaum yang lain adalah India. Kebanyakkan mereka adalah Hindu. Mereka merayakan Deepavali. Mereka selalu menghidupkan lilin di luar semasa malam dengan bentuk bunga.

Isnin, 19 Julai 2010

Peraduan Piramida

Tidak berapa hari yang lalu, sekolah kita mengadakan pertandingan piramida. Piramida adalah permainan bahawa seseorang akan duduk menghadap skrin dan lagi seseorang akan duduk ke arah yang lain. Murid yang menghadapi skrin harus memberi serbah sedikit tentang barang yang telah papar di skrin tersebut. Perlawanan itu sungguh seronok dan kelas kita juga yang menang permainan itu.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu

Satu aktiviti yang saya tidak boleh lupa adalah semasa lawatan ke negara Brunei Darussalam. Kita dan guru-guru ke sana untuk mempelajari tentang mereka dan sejarah mereka. Mempelajari tentang mereka di sana sungguh menarik. Aktiviti yang lain yang saya tidak boleh lupa adalah permainan sahiba. Kita harus menyasun satu perkataan dan jika perkataan itu selagi panjang, selebih markah kita akan dapat. Hanya empat orang boleh bertanding dengan sekolah lain di Singapura. Ini adalah aktiviti-aktiviti berbahasa melayu yang saya tidak boleh lupa.