Saya hendak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama enam tahun di sekolah ini. Saya hendak minta maaf jika saya telah membuat salah membuat guru marah apabila saya terlupa untuk membuat kerja sekolah yang guru telah diberikan.
Rabu, 31 Ogos 2011
Ucapan Hari Raya Saya
Saya hendak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan saya di dalam kelas bahasa Melayu terutama sekali kawan baik saya Haidi. Saya suka bermain dengan dia dan mengusik dia. Saya berharap saya dan dia masih berkawan selepas melalui peperiksaan terakhir.
Isnin, 1 Ogos 2011
Persiapan Saya Untuk Peperiksaan Lisan
Saya telah memberi semua yang saya boleh lakukan semasa berlajar. Saya telah mengikut perintah guru semasa membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru saya. Peperiksaan lisan akan datang dan saya belum membuat persiapan saya. Saya akan membuat persiapan saya pada hari ini dan mencuba sepenuhnya pada hari esoknya. Saya telah berhenti bermain permainan-permainan yang saya selalu bermain. Saya pun sudah tidak tinggal di sekolah selepas waktu sekolah. Selalunya saya tinggal di sekolah dan bermain bola keranjang dengan kawan-kawan saya. Saya bercita-cita untuk mendapat markah yang cemerlang untuk peperiksaan lisan saya. Saya akan berlatih sepenuh pada hari ini dan tidak panik pada hari esok.
Selasa, 19 Julai 2011
Tiga Faedah-faedah Blogging
Faedah pertama adalah membuat blogging meninggikankan kemahiran saya semasa menggunakan komputer.
Faedah kedua adalah saya telah mendapat menggunakan bahasa melayu yang lebih baik dan tidak seperti saya berbual dengan kawan-kawan saya.
Faedah kedua adalah saya telah mendapat menggunakan bahasa melayu yang lebih baik dan tidak seperti saya berbual dengan kawan-kawan saya.
Faedah ketiga adalah saya dapat meluahkan perasaan saya di blog dan memberi pendapat-pendapat saya di blog.
Selasa, 5 Julai 2011
Seperti Katak Di Bawah Tempurung
Ada seorang katak bernama Saki. Dia hidup berseorangan dalam masa yang sungguh lama. Ibu bapanya sudah lama meninggalkannya kerana Saki sudah dewasa.
Apabila Saki sedang menonton televisyen, dia keluar dari rumahnya dan ternampak ramai orang anak-anak katak berlompat sambil bermain dengan gembira. Saki tidak keluar dari rumahnya kerana dia tidak mempunyai kawan-kawan.Dia pulang ke rumahnya kerana sudah lewat.
Pada waktu malam, sedang menonton televisyen, Saki terdengar bahawa suara penyanyi kegemarannya Lady Gula bernyanyi. Saki membuat bodoh sahaja kerana dia ingat itu adalah bayanganya sahaja. Selepas beberapa jam kemudian, dia terdengar sekali lagi suara Lady Gula. Saki pun keluar dari rumahnya dan ternampak ramai katak-katak pulang ke rumah sambil membawa baju, beg, jam dan lain-lain lagi dengan muka Lady Gula. Dia ternampak kawan lama sekolahnya yang sedang lompat pulang. Saki pun bertanya kenapa ramai katak sedang membawa barang-barang yang mempunyai gambar Lady Gula.

Kawannya pun memberitahu bahawa Lady Gula telah datang ke situ untuk membuat persembahan. Kawannya pun bertanya bahawa kenapa Saki tidak tahu tentang ini. Kawannya pun memberitahu bahawa ada papan yang besar telah diletak menandakan Lady Gula akan ke sini. Saki menyesal kerana tidak keluar dari rumahnya dan melihat apa yang berlaku di tempat rumahnya. Sekarang dia telah melepaskan peluang untuk menjumpa penyanyi kegemarannya menyanyi lagu-lagu kegemarannya.
Selasa, 28 Jun 2011
Cuti Sekolah Jun
Pada cuti sekolah Jun, Saya telah duduk di rumah dan menjaga adik perempuan saya semasa kakak saya ke sekolah. Pada minggu yang terakhir baru saya mendapat pergi bercuti di Malaysia. Bapa saya membawa keluarga saya ke Cameron Highland. Saya, Adik perempuan saya dan kakak saya dapat berenang di kolam renang selepas kita telah menjumpai hotel yang kita sepatutnya pergi. Di Cameron Highland udaranya sungguh sejuk.Saya tidak mahu memakai jaket semasa di situ kerana saya mahu menikamati udaranya yang tidak seperti Singapura. Keesokan hari kita keluar dari hotel tersebut. Bapa saya memberitahu bahawa dia akan membawa kita ke hotel yang lain. Kita sungguh seronok selepas itu. Perjalanan turun dari hotel kami sungguhseronok tetapi membuat saya mabuk.
Kita dapat tahu bahawa hotel yang bapa saya membawa kita pergi adalah di Port Dickson. Selapas kita tiba di hotel tersebut, hotelnya sungguh cantik. Hotelnya tidak seperti hotel biasa kerana hotelnya seperti chalet dan di dalam hotelnya terdapat sebuah kolam renang tersendiri dan kaca di lantainya yang boleh melihat laut di bawah. Saya sungguh seronok dapat ke percutian yang sungguh seronok.

Selasa, 17 Mei 2011
Idola Saya
Saya ada banyak idola yang saya suka. Salah satu idola saya adalah Kobe Bryant. Dia telah mendapat 81 markah seorang diri dalam satu permainan bola keranjang. dia telah membuat saya rasa bahawa saya harus bersenam lebih semasa saya sedang bermain bola keranjang sebab itulah dia adalah idola saya apabila terlibat dalam sukan.
Idola saya kedua adalah LeBron James. Dia adalah lelaki yang sama paras dengan Kobe Bryant. Mereka berdua memang pemain bola keranjang yang bagus. Bagi saya, saya lebih suka LeBron James kerana mukanya yang lebih garang dan cara dia main yang sungguh ganas. Saya harap saya boleh mencapai kebolehan mereka bedua.
Idola saya ketiga adalah Maher Zain. Ini adalah kerana suaranya dan lagu-lagunya yang tentang Islam. Dia telah memberitahu saya bahawa orang-orang yang masuk Islam sungguh mahu untuk beragama Islam dan Maher Zain adalah salah satu dari mereka.

Selasa, 26 April 2011
Bakat Saya
Saya ada banyak bakat. Bakat yang pertama adalah bermain bola keranjang. Saya suka bermain bola keranjang kerana itu adalah hobi saya dan sukan bola keranjang sungguh seronok. Pemain-pemain bola keranjang yang saya suka adalah Kobe Bryant, LeBron James dan Dwayne Wade. Saya selalu bermain dan berlatih bola keranjang bersama kawan-kawan saya. Bakat kedua saya adalah untuk ‘beatbox’. Saya selalu ‘beatbox’ apabila saya bosan dan apabila saya mendengar lagu. Saya mendapat tahu yang saya boleh ‘beatbox’ adalah apabila saya menyaksi video ‘beatbox’ di Youtube. Dari situ saya mencuba ‘beatbox’ dan berlatih sedikit. Bakat saya ketiga adalah saya boleh ‘cluck’ menggunakan lidah saya dengan kuat. Saya mendapat tahu yang saya boleh ‘cluck’ dengan kuat adalah apabila saya cuba ‘cluck’. Saya menyuruh kawan saya untuk ’cluck’ dan suaranya rendah. Pada masa itu saya dapat mendapat tahu bahawa tidak semua orang boleh ‘cluck’ dengan kuat. Bakat terakhir saya adalah saya boleh membuat sesuatu di tangan saya yang tidak ramai orang boleh buat. Saya kebetulan tidak boleh membuat perkara tersebut pada pertama kali saya mencuba tetapi lama-kelamaan saya boleh. Saya mendapat tahu perkara tersebut apabila saya menonton televisyen. Saya sungguh seronok menonton lelaki itu membuat perkara tersebut kerana kawan-kawan lelaki itu yang lelaki itu menyuruh cuba semua tidak boleh buat. Dari situ saya mencuba sehingga saya boleh membuat seperti lelaki di televisyen itu.
Isnin, 21 Mac 2011
Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu
Pada cuti sekolah, saya tidak ke mana-mana untuk pergi bercuti. Saya dapat rehat di rumah dan habiskan kerja-kerja sekolah saya. Saya pun pergi bermain bola keranjang bersama kawan-kawan saya di Fragrant Wood. Saya sungguh seronok bermain bersama kawan-kawan saya kerana bola keranjang adalah permainan kegemaran saya. Saya tidak ada aktiviti lain untuk buat kerana ibu bapa saya selalu berkerja setiap hari. Saya rasa cuti sekolah ini cukup kerana saya tidak ada aktiviti untuk buat. Saya rasa cuti sekolah cukup kerana saya boleh rehat panjang selepas peperiksaan.
Rabu, 16 Februari 2011
Minat Saya
Saya minat mendengar lagu, bermain bola keranjang dan main komputer. Makanan kegemaran saya ialah Nasi Ayam. Saya suka Nasi Ayam kerana ia sungguh sedap dan ia senang untuk mencari di semua kedai makanan. Saya suka menonton permainan bola keranjang di televisyen. Saya suka bermain bola keranjang bersama kawan karib saya. Saya suka mendengar lagu dari MP3 saya yang bapa saya belikan semasa hari jadi saya. Saya selalu menggunakannya semasa saya di dalam kereta atau semasa di dalam bas awam.
Isnin, 14 Februari 2011
Bersama Keluarga
Hari ini saya telah ke Woodlands Waterfront Park bersama keluarga saya. Di sana kami dapat melihat pandangan yang indah. Dari sana kita dapat melihat bangunan-bangunan yang terdiri di negeri Johor. Di situ pun kami dapat melihat jambatan yang mengabungkan negara Singapura dan Malaysia. Selepas itu kami ke Woodlands Central untuk menikmati makanan malam kami di KFC. Saya berasa seronok untuk hari ini.
Ahad, 23 Januari 2011
Persiapan peperiksaan PSLE
Saya berasa sungguh takut untuk menduduki peperiksaan PSLE tahun ini. Saya pun takut jika saya tidak mendapat markah yang saya ingin mencapaikan. Saya ingin mengalahkan agregat kakak saya. Kakak saya telah mendapat agregat 206 dan saya mahu mendapat 230 dan ke atas. Saya tahu jika saya mahu agregat seperti begitu, saya mesti mendengar cakap guru dalam kelas dan membuat semua kerja rumah dengan betul. Saya pun tahu bahawa saya akan mengalami stres dengan topik-topik baharu dan soalan-soalan yang agak susah dalam subjek-subjek Matematik, Sains, Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya mahu pergi ke Sekolah Menengah Evergreen atau Sekolah Menengah Riverside. Saya mahu ke aliran ekspres. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai agregat yang saya mahu.
Rabu, 12 Januari 2011
Tentang Diri Saya
Nama saya Md Iqmal Faaiz . Saya suka bermain badminton dan bola keranjang. Saya suka subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya pun suka bermain PS2 bersama kakak saya. Saya suka bermain bola keranjang bersama kawan-kawan saya di tempat bermain bola keranjang yang terletak sebelah blok rumah saya.
Matlamat saya untuk mendapat gred A untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya mahu gred B untuk subjek Inggeris dan Sains. Saya mahu agregat 230 lebih kerana jika saya dapat agregat itu, bapa saya akan membelikan 'Iphone'.
Langgan:
Ulasan (Atom)