Rabu, 16 Februari 2011

Minat Saya

Saya minat mendengar lagu, bermain bola keranjang dan main komputer. Makanan kegemaran saya ialah Nasi Ayam. Saya suka Nasi Ayam kerana ia sungguh sedap dan ia senang untuk mencari di semua kedai makanan. Saya suka menonton permainan bola keranjang di televisyen. Saya suka bermain bola keranjang bersama kawan karib saya. Saya suka mendengar lagu dari MP3 saya yang bapa saya belikan semasa hari jadi saya. Saya selalu menggunakannya semasa saya di dalam kereta atau semasa di dalam bas awam.

Isnin, 14 Februari 2011

Bersama Keluarga

Hari ini saya telah ke Woodlands Waterfront Park bersama keluarga saya. Di sana kami dapat melihat pandangan yang indah. Dari sana kita dapat melihat bangunan-bangunan yang terdiri di negeri Johor. Di situ pun kami dapat melihat jambatan yang mengabungkan negara Singapura dan Malaysia. Selepas itu kami ke Woodlands Central untuk menikmati makanan malam kami di KFC. Saya berasa seronok untuk hari ini.