Selasa, 19 Julai 2011

Tiga Faedah-faedah Blogging

Faedah pertama adalah membuat blogging meninggikankan kemahiran saya semasa menggunakan komputer.

Faedah kedua adalah saya telah mendapat menggunakan bahasa melayu yang lebih baik dan tidak seperti saya berbual dengan kawan-kawan saya.



Faedah ketiga adalah saya dapat meluahkan perasaan saya di blog dan memberi pendapat-pendapat saya di blog.

Selasa, 5 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Ada seorang katak bernama Saki. Dia hidup berseorangan dalam masa yang sungguh lama. Ibu bapanya sudah lama meninggalkannya kerana Saki sudah dewasa.

Apabila Saki sedang menonton televisyen, dia keluar dari rumahnya dan ternampak ramai orang anak-anak katak berlompat sambil bermain dengan gembira. Saki tidak keluar dari rumahnya kerana dia tidak mempunyai kawan-kawan.Dia pulang ke rumahnya kerana sudah lewat.

Pada waktu malam, sedang menonton televisyen, Saki terdengar bahawa suara penyanyi kegemarannya Lady Gula bernyanyi. Saki membuat bodoh sahaja kerana dia ingat itu adalah bayanganya sahaja. Selepas beberapa jam kemudian, dia terdengar sekali lagi suara Lady Gula. Saki pun keluar dari rumahnya dan ternampak ramai katak-katak pulang ke rumah sambil membawa baju, beg, jam dan lain-lain lagi dengan muka Lady Gula. Dia ternampak kawan lama sekolahnya yang sedang lompat pulang. Saki pun bertanya kenapa ramai katak sedang membawa barang-barang yang mempunyai gambar Lady Gula.


Kawannya pun memberitahu bahawa Lady Gula telah datang ke situ untuk membuat persembahan. Kawannya pun bertanya bahawa kenapa Saki tidak tahu tentang ini. Kawannya pun memberitahu bahawa ada papan yang besar telah diletak menandakan Lady Gula akan ke sini. Saki menyesal kerana tidak keluar dari rumahnya dan melihat apa yang berlaku di tempat rumahnya. Sekarang dia telah melepaskan peluang untuk menjumpa penyanyi kegemarannya menyanyi lagu-lagu kegemarannya.