Saya ada banyak bakat. Bakat yang pertama adalah bermain bola keranjang. Saya suka bermain bola keranjang kerana itu adalah hobi saya dan sukan bola keranjang sungguh seronok. Pemain-pemain bola keranjang yang saya suka adalah Kobe Bryant, LeBron James dan Dwayne Wade. Saya selalu bermain dan berlatih bola keranjang bersama kawan-kawan saya. Bakat kedua saya adalah untuk ‘beatbox’. Saya selalu ‘beatbox’ apabila saya bosan dan apabila saya mendengar lagu. Saya mendapat tahu yang saya boleh ‘beatbox’ adalah apabila saya menyaksi video ‘beatbox’ di Youtube. Dari situ saya mencuba ‘beatbox’ dan berlatih sedikit. Bakat saya ketiga adalah saya boleh ‘cluck’ menggunakan lidah saya dengan kuat. Saya mendapat tahu yang saya boleh ‘cluck’ dengan kuat adalah apabila saya cuba ‘cluck’. Saya menyuruh kawan saya untuk ’cluck’ dan suaranya rendah. Pada masa itu saya dapat mendapat tahu bahawa tidak semua orang boleh ‘cluck’ dengan kuat. Bakat terakhir saya adalah saya boleh membuat sesuatu di tangan saya yang tidak ramai orang boleh buat. Saya kebetulan tidak boleh membuat perkara tersebut pada pertama kali saya mencuba tetapi lama-kelamaan saya boleh. Saya mendapat tahu perkara tersebut apabila saya menonton televisyen. Saya sungguh seronok menonton lelaki itu membuat perkara tersebut kerana kawan-kawan lelaki itu yang lelaki itu menyuruh cuba semua tidak boleh buat. Dari situ saya mencuba sehingga saya boleh membuat seperti lelaki di televisyen itu.