Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan peperiksaan PSLE

Saya berasa sungguh takut untuk menduduki peperiksaan PSLE tahun ini. Saya pun takut jika saya tidak mendapat markah yang saya ingin mencapaikan. Saya ingin mengalahkan agregat kakak saya. Kakak saya telah mendapat agregat 206 dan saya mahu mendapat 230 dan ke atas. Saya tahu jika saya mahu agregat seperti begitu, saya mesti mendengar cakap guru dalam kelas dan membuat semua kerja rumah dengan betul. Saya pun tahu bahawa saya akan mengalami stres dengan topik-topik baharu dan soalan-soalan yang agak susah dalam subjek-subjek Matematik, Sains, Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya mahu pergi ke Sekolah Menengah Evergreen atau Sekolah Menengah Riverside. Saya mahu ke aliran ekspres. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai agregat yang saya mahu.

1 ulasan:

  1. Cikgu yakin Iqmal boleh lulus dengan baik. Cuma Iqmal perlu lebih aktif di dalam kelas lah. Asyik duduk releks sahaja. Hehehe! Cikgu kalau boleh mahu lihat Iqmal lebih yakin memberikan jawapan di dalam kelas. :)

    BalasPadam